Koleksi

Ketahui koleksi
artifak berusia lebih
100 tahun

Satu-satunya Muzium Telegraf di Malaysia dan Asia Tenggara

Rangkaian Telegraf di Malaya.
Semuanya bermula di Taiping.

DETIK SEJARAH KOMUNIKASI MALAYA  

1876 Talian daratan pertama diperkenalkan dan dipasang dari Pelabuhan Larut ke kediaman Penolong Residen British di Bukit Jelutong, Taiping.

1885 Talian telegraf telah dibina mengikuti landasan kereta api dari Port Weld ke Taiping. Pada tahun ini juga, Pejabat Pos & Telegraf pertama telah dibina sebagai menandakan permulaan era telekomunikasi di Malaysia

Rangkaian Komunikasi diperluas lagi
bermula pada tahun 1870-an.
Malaysia telah mula berkomunikasi secara langsung
dengan Britain dan Madras melalui
talian telegraf dasar laut.
Apa yang mengagumkan adalah kabel dasar laut
yang dicipta pada tahun 1845
menggunakan Gutta Percha,
iaitu sejenis bahan getah terhasil daripada
Pokok Nyatoh Taban Merah
yang berasal dari Tanah Melayu.
Ketahui proses extrak Pokok Gutta Percha
menggunakanBatu Pengisar seberat 5 tan
yang dipamerkan di landskap muzium.

Di sekitar landskap Muzium Telegraf juga terdapat pokok-pokok yang digunakan oleh Jabatan Pos dan Telegraf untuk membuat tiang telegraf.

Muzium Telegraf Taiping merupakan
muzium telegraf pertama di Asia Tenggara,
memaparkan perkembangan awal
sistem telekomunikasi
khasnya sistem telegraf, 
yang merupakan titik permulaan
perkembangan sistem komunikasi
di Tanah Melayu.
Selami sejarah yang dipamerkan
di muzium ini menggunakan
aplikasi mudah alih di Muzium Telegraf.

Alami bagaimana Samuel Morse
menghantar mesej rumit melalui
titik & sengkang di Muzium Telegraf

Kisah menarik permulaan komunikasi di seluruh dunia dari rangkaian global pertama kepada jalur lebar berkelajuan tinggi. Dari Perak segalanya bermula, semoga warisan negara ini terus terpelihara dan menjadi Pemangkin Kemodenan Dunia Komunikasi.

Tahukah anda bahawa Muzium Telegraf mempamerkan Kabel Dasar Laut terawal di dunia dan Batu Giling Gutta Percha yang berusia lebih 100 tahun