Tentang

Selami Sejarah Yang Tidak
Pernah Diceritakan tentang Bangunan Telegraf

Selami Sejarah, Kagumi Seni Bina Kolonial

Pejabat Telegraf (PWD 103) terletak di penghujung laluan keretapi pertama di Malaya antara Taiping ke Port Weld yang menempatkan Jabatan Pos & Telegraf (P & T), nama asal kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).

Bangunan ini merupakan salah satu bangunan kolonial terawal yang menggunakan teknik konvensional iaitu menggunakan bata tanah liat dan cat kapur. Bangunan Pejabat Telegraf ini menampilkan gaya seni bina Queen Anne pada tahun 1880-an hingga 1890-an. Ciri-ciri kolonial yang paling unik adalah gerbang Masonry dan tiang batu bata Scaly di semua sisi bangunan.

Pejabat Telegraf (PWD103) ini adalah bangunan Jabatan Pos & Telegraf pertama yang menyediakan semua transaksi telegram, telefon, perkhidmatan pos dan kemudahan perbankan untuk orang awam semasa zaman Kolonial British di Tanah Melayu pada abad ke-18 . Bangunan warisan ini menandakan sejarah awal perkembangan komunikasi di Malaysia sejak tahun 1870-an, dengan wujudnya telegraf dan talian telefon, sehinggalah kini dengan telefon mudah alih dan teknologi internet yang menjadikan Hidup Lebih Mudah. 

Pada tahun 2018, ia menjadi yang pertama dan satu-satunya Muzium Telegraf di Malaysia

telegraph_museum_taiping_building_8

Tentang

Terletak di penghujung Jalan Stesen, Taiping

Rahsia bakal terbongkar. Rancang lawatan anda ke Muzium Telegraf hari ini

Kesan kembali kelahiran telegraf di Malaysia sejak 130 tahun yang lalu, bangunan bersejarah ini telah dibaikpulih dengan detil terbaik untuk membawa anda kembali kepada masa.

Sebuah destinasi percutian yang mesra keluarga di Malaysia, Muzium Telegraf adalah labirin masa lalu, sekarang dan masa depan – pemangkin kemodenan dunia komunikasi.